mutakhir

Keadilan buat mangsa MH17 terus diperjuang

Oleh Siti A'isyah Sukaimi

KERAJAAN Malaysia akan terus memburu dalang yang bertanggungjawab terhadap tragedi pesawat Malaysia Airlines MH17 sekali gus memastikan keadilan kepada mangsa.

Menerusi kenyataan Kementerian Pengangkutan, genap lima tahun kejadian itu tetapi ketetapan untuk akauntabiliti dan keadilan tidak akan berkurang.

“Hari ini menandakan tahun kelima kejadian tragik membabitkan pesawat Malaysia Airlines MH17 yang ditembak jatuh berhampiran Hrabove, sebuah kampung di bahagian timur Ukraine.

“Dalam sekelip mata, 298 penumpang dan kru termasuk 43 rakyat Malaysia di dalam penerbangan itu kehilangan nyawa sekali gus meninggalkan keluarga mereka dan sahabat yang terus berduka sehingga hari ini,” katanya.

Pada masa sama, kenyataan itu menyebut, Malaysia akan terus bekerjasama dengan anggota Pasukan Penyiasatan Bersama (JIT), negara yang terbabit serta komuniti antarabangsa bagi memaklumkan perkembangan semasa dalam usaha mencari akauntabiliti dan keadilan.

Menurut kenyataan itu, tanpa sebarang syak, semua keluarga serta waris yang terjejas susulan tragedi berkenaan berhak untuk mendapatkan keadilan.

Katanya, pihaknya berharap ia akan membawa ketenangan dan kelegaan kepada keluarga serta waris dalam tragedi itu.

Berita berkaitan

Sajak buat Ali [METROTV]

Sentiasa doa berjumpa di syurga

Disiarkan pada: July 17, 2019 @ 11:09am
d