mutakhir

Kerja baik pulih landasan masih berjalan

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

LANDASAN kereta api tunggal antara Rawang dan Kuang masih dalam proses baik pulih selepas lapan gerabak tren kargo muatan simen tergelincir berhampiran Stesen Rawang, semalam.

Ketua Komunikasi Korporat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Ahmad `Asri Khalbi berkata, ketika ini proses membaik pulih landasan masih berjalan.

“KTMB akan memaklumkan perkembangan semasa berhubung landasan itu tengah hari ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Portal Harian Metro semalam melaporkan lapan gerabak tren kargo dengan muatan simen tergelincir berhampiran Stesen Rawang, menyebabkan landasan tunggal antara Rawang dan Kuang terhalang sepenuhnya.

Tren dalam perjalanan dari Tasek, Perak menuju ke Sungai Buloh itu terbalik ketika melalui KM356.016 dalam kejadian 5.38 petang itu.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut di www.ktmb.com.my atau melalui Pusat Panggilan KTMB di talian 03-22661200.

Berita berkaitan

Gerabak kargo tergelincir, perkhidmatan tren terjejas

Disiarkan pada: July 18, 2019 @ 10:41am
d