mutakhir

Reman hakim disambung lima hari lagi

Oleh BERNAMA

TEMPOH tahanan reman seorang Hakim Mahkamah Sesyen di Selangor yang tamat semalam disambung lima hari lagi sehingga Ahad ini.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) (Operasi), Datuk Seri Azam Baki berkata, tempoh reman itu disambung bagi membantu siasatan berkaitan kes melepaskan pendatang tanpa izin.

“Tempoh reman disambung selama lima hari bermula semalam,” katanya ketika dihubungi.

Hakim berusia berusia 45 tahun itu ditahan SPRM Isnin lalu.

Minggu lalu, enam anggota polis dari sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah di Selangor dan masing-masing seorang timbalan pendakwa raya (DPP) dan peguam ditahan SPRM bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Berita berkaitan

Polis tunggu laporan SPRM

Reman TPR, peguam disambung

Majistret reman hakim

SPRM tahan Hakim Mahkamah Sesyen

Disiarkan pada: July 25, 2019 @ 10:39pm
d