mutakhir

Lapan beradik dijaga sementara JKM

Oleh Rizanizam Abdul Hamid

JABATAN Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka memperoleh perintah hak jagaan sementara ke atas lapan beradik yang diselamatkan pihak berkuasa di rumah mereka di Bukit Rambai, semalam.

Pengarah JKM negeri, Burhanuddin Bachik berkata, perintah itu dikeluarkan Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini terhadap semua mereka mengikut Peruntukan Seksyen 19 Akta Kanak-Kanak 2001.

“Perintah hak jagaan sementara diperoleh selama sebulan dan dalam tempoh itu kita akan mencari waris yang berkelayakan untuk menjaga semua adik-beradik itu.

“Kita harap waris yang layak boleh tampil untuk memohon penjagaan tetapi sekiranya tiada, kita akan dapatkan perintah penjagaan tetap sebelum ditempatkan di mana-mana institusi JKM mengikut kategori sehingga umur mereka mencapai 18 tahun,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Akhbar Harian Metro hari ini melaporkan, lapan beradik iaitu empat lelaki dan empat perempuan berusia antara 14 hari hingga 15 tahun diselamatkan polis dan JKM pada 3 pagi semalam selepas ibu bapa mereka terbabit dengan penyalahgunaan dadah.

Berita berkaitan

Ibu syabu, bapa ganja

'Tolonglah berubah demi kami ibu'

Disiarkan pada: July 29, 2019 @ 4:05pm
d