mutakhir

Operasi cari remaja hilang diteruskan

Oleh Raja Noraina Raja Rahim

OPERASI mencari dan menyelamat (SAR) remaja perempuan warga Ireland yang hilang kelmarin di sebuah resort di Port Dickson diteruskan hari ini.

Operasi yang memasuki hari ketiga itu diteruskan pada 8 pagi tadi.

Pencarian dilakukan pasukan polis dengan kerjasama bomba, Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) serta Jabatan Perhutanan.

Radius pencarian kini diperluaskan bermula dari kawasan remaja perempuan itu hilang di The Dusun hingga ke kawasan sekitar meliputi kawasan hutan dan sungai membabitkan 8.09 hektar.

Harian Metro semalam melaporkan remaja warga Ireland yang mengalami masalah pembelajaran hilang dari tempat penginapan keluarganya di sebuah resort di Pantai.

Keluarganya hanya menyedari kehilangan Nora Anne Quoririn, 15, 8 pagi kelmarin.

  • Lagi berita berkaitan Nora Anne Quoirin
  • Disiarkan pada: August 6, 2019 @ 11:59am
    d