mutakhir

[UPDATE] Anggota SAR ditambah

Oleh Raja Noraina Raja Rahim

POLIS menambah kekuatan anggota dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja perempuan warga Ireland yang hilang di sebuah resort di Pantai hari ini.

Operasi pencarian Nora Anne Quoirin, 15, yang memasuki hari keempat dimulakan seawal 7 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar berkata, 206 pegawai dan anggota serta enam anjing dari Unit Anjing Pengesan (K9) terbabit dalam operasi hari ini.

“Operasi disertai polis, Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM) dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

“Turut serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Jabatan Perhutanan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, setakat 11 pagi ini operasi masih diteruskan dan satu sidang media mengenai perkembangan operasi akan diadakan pada 3 petang ini.

Nora Anne yang mempunyai masalah pembelajaran disedari oleh ahli keluarga hilang ketika menginap di resort pada 8 pagi Ahad lalu.

  • Lagi berita berkaitan Nora Anne Quoirin
  • Disiarkan pada: August 7, 2019 @ 1:12pm
    d