mutakhir

Polis sahkan terima laporan bakal haji terkandas

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin

POLIS mengesahkan menerima satu laporan berhubung kejadian 26 rakyat Malaysia yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz, Jeddah selepas imigresen Arab Saudi mendapati nama mereka tiada dalam senarai visa haji, kelmarin.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Datuk Seri Mohd Zakaria Ahmad berkata, laporan polis itu diterima daripada pengarah sebuah syarikat pelancongan.

“Siasatan kini menjurus kepada ejen yang menguruskan visa pihak terbabit.

“Bagaimanapun, siasatan lanjut berhubung kes ini sedang giat dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana melakukan penipuan,” katanya.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan 26 individu berkenaan datang dalam satu kumpulan menaiki penerbangan komersial dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum tiba di Jeddah, 7 malam.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh dilaporkan berkata, semua jemaah haji itu bukan pergi melalui Tabung Haji (TH) dan menggunakan visa Furada.

Berita berkaitan

[UPDATE] Nama sendiri, muka orang lain

Syarikat dah buat laporan polis

26 bakal haji terkandas di Jeddah

Disiarkan pada: August 7, 2019 @ 4:17pm
d