mutakhir

Bantu cari Nora - Fasha Sandha

Oleh Hasbi Sidek

MISTERI kehilangan Nora Anne Quoirin, 15, yang dilaporkan hilang sejak Ahad lalu di sebuah resort di Pantai, Seremban, turut menarik perhatian selebriti tanah air, Fasha Sandha.

Aktres berusia 35 tahun itu dilihat memuat naik gambar Nora Anne menerusi akaun Instgramnya selain meminta orang ramai untuk serta membantu pihak berkuasa mengesan mangsa.

“Sesiapa yang berada di Seremban dan berjumpa dengan Nora (Anne) mohon hulurkan bantuan.

“Tolong! Semoga Nora dapat ditemui dalam keadaan selamat,” katanya menerusi keterangan gambar yang dimuat naik dalam akaun Instagram miliknya.

Gambar yang dimuat naik di akaun rasminya itu turut menerima maklum balas positif netizen yang juga mendoakan keselamatan Nora Anne.

Fasha berkata, sebagai seorang ibu, beliau turut tersentuh hati dengan rayuan ibu mangsa, Meabh Jaseprine Quoirin, yang meminta supaya anaknya pulang ke pangkuan keluarga.

“Saya merasai laporan (media berhubung kes ini) kerana saya juga seorang ibu,” kata ibu kepada dua anak itu.

Nora Anne yang mengalami masalah pembelajaran sebelum ini dilaporkan hilang ketika menginap di sebuah resort di Pantai di sini bersama keluarganya Ahad lalu sebelum pihak berkuasa melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, operasi SAR yang memasuki hari keenam hari ini masih gagal mengesan mangsa.

  • Lagi berita berkaitan Nora Anne Quoirin
  • Disiarkan pada: August 9, 2019 @ 11:57am
    d