mutakhir

348 anggota SAR cari Nora Anne [METROTV]

Oleh Raja Noraina Raja Rahim

OPERASI mencari dan menyelamat (SAR) remaja warga Ireland hilang di sebuah resort di Pantai, Seremban, diperhebat dengan menambah kekuatan anggota hari ini.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar berkata, seramai 348 anggota daripada pelbagai agensi terbabit dalam operasi pada hari kesembilan, berbanding 296 pada semalam.

Menurutnya, operasi disertai pasukan polis dari Bukit Aman, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai dan Unit Anjing Pengesan (K9).

“Turut serta, VAT69, Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) serta Jabatan Perhutanan.

“Kita turut mendapat bantuan penduduk kampung dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Walaupun keadaan hujan operasi tetap diteruskan dan turut menumpu kawasan Gunung Berembun dengan memulakan pencarian di kawasan itu, 9.30 pagi tadi.

Nora Anne yang mempunyai masalah lembam disedari oleh ahli keluarganya hilang ketika menginap di resort di Pantai, jam 8 pagi, 4 Ogos lalu.

  • Lagi berita berkaitan Nora Anne Quoirin
  • Disiarkan pada: August 12, 2019 @ 11:40am
    d