mutakhir

Polis siasat Zakir Naik

Oleh Siraj Mohd Zaini

POLIS membuka kertas siasatan terhadap penceramah bebas, Dr Zakir Naik kerana mengeluarkan kenyataan yang boleh mengancam keamanan di negara ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah(JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, ia susulan laporan polis yang diterima pihaknya daripada pelbagai pihak sebelum ini.

Menurutnya, sehingga kini pihak polis menerima sebanyak 115 laporan berkaitan Zakir.

“Kita memang ada menerima laporan dan telah membuka kertas siasatan terhadapnya mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di Shah Alam, hari ini.

Terdahulu, penceramah bebas itu didakwa memberikan kenyataan kontroversi terhadap kaum Cina di negara ini sebagai kenyataan balas kepada pihak yang mengarahkannya supaya keluar dari Malaysia.

Zakir dalam satu syarahan di Kelantan, Khamis lalu juga didakwa mengeluarkan kenyataan mengaitkan penganut Hindu di negara ini lebih percaya kepada Perdana Menteri di India berbanding Tun Dr Mahathir.

Semalam, dua menteri Kabinet iaitu Gobind Singh Deo dan M Kulasegaran juga mahu Zakir tidak lagi dibenarkan mengadakan ceramah serta mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menggugat hubungan kaum dan ketenteraman awam di negara ini.

Berita berkaitan:

  • Ada pihak putar belit ceramah saya - Zakir Naik
  • 2 menteri mahu Zakir Naik dilarang berceramah
  • Disiarkan pada: August 15, 2019 @ 3:37pm
    d