mutakhir

[UPDATE] Identiti tiga beranak dikenal pasti [METROTV]

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin

TIGA beranak ditemui rentung dalam sebuah bilik di sebuah rumah di Kampung Alah Batu Gedangsa, dekat Slim River, hari ini, sudah dikenal pasti identiti mereka.

Pemangku Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Deputi Superintendan Azman Ab Rahman berkata, mangsa, Mohd Sharidan Abdul Aziz dan isterinya, Siti Rafina Mohd Rafiee masing-masing berusia 30-an serta anak mereka, Rafiq Mohd Sharidan berusia satu tahun.

Katanya, polis menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu 4.50 pagi tadi.

“Hasil siasatan awal mendapati keseluruhan rumah itu terbakar dan berjaya dipadamkan oleh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Slim River dan BBP Kuala Kubu Bharu.

“Pemeriksaan dilakukan menemui tiga mayat mangsa dalam keadaan rentung di dalam sebuah bilik di rumah berkenaan yang mempunyai struktur separuh baru dan papan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Azman berkata, ketiga-tiga mangsa dihantar ke Hospital Slim River untuk bedah siasat.

“Punca kebakaran masih belum dapat dikenal pasti dan kami masih menunggu laporan dari Unit Forensik Bomba,” katanya.

Berita berkaitan

Tiga beranak rentung

Disiarkan pada: August 19, 2019 @ 10:42am
d