mutakhir

Ibu, kakak sedar sebaik terjun

Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor

“SAYA cuba memanggil wanita itu tetapi tiada sahutan sebelum menghampiri mereka dan melihat seorang daripada mereka seperti tidak bernyawa,” kata penduduk Pangsapuri Laman Damai, Taman Kepong, Kuala Lumpur dikenali Yew, 37.

Dia antara penduduk terawal melihat tiga beranak jatuh dipercayai daripada tingkat 10 pangsapuri itu, semalam.

Katanya, ketika itu dia berada dekat kawasan lif dan terkejut apabila mendengar bunyi seperti letupan di bahagian peti surat pangsapuri itu.

Menurutnya, dia melihat tiga individu sudah terbaring di atas lantai dan memanggil wanita dipercayai ibu kepada kanak-kanak itu.

“Tiada yang menyahut menyebabkan saya menghampiri dan melihat dua daripada mereka masih sedar. Hanya seorang kanak-kanak itu seperti kaku dan segera memanggil pengawal keselamatan untuk bantuan,” katanya ketika ditemui.

Yew berkata, dia tidak mengenali individu berkenaan dan tidak pernah melihat mereka di kawasan pangsapuri itu.

Dalam kejadian 2.35 petang itu, kanak-kanak enam tahun maut, manakala ibunya berusia 34 tahun dan kakaknya berusia tujuh tahun parah selepas dipercayai terjun dari tingkat 10 pangsapuri itu.

Polis mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut dan siasatan mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh diri.

Berita berkaitan

Tiga beranak terjun pangsapuri

Disiarkan pada: August 20, 2019 @ 5:29pm
d