mutakhir

Kes Paul Yong ada unsur rasuah, ugut? [METROTV]

Oleh Farah Suhaidah Othman

SPEAKER Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Ngeh Koo Ham mendakwa mempunyai maklumat baharu berkaitan kes Exco, Paul Yong Choo Kiong yang dituduh merogol pembantu rumahnya.

Ngeh mendakwa individu yang membawa wanita warga Indonesia berusia 23 tahun itu ke balai polis disogok sebanyak RM100,000 selain diugut dengan pistol.

“Saya menerima maklumat baharu mengenai kejadian itu menerusi panggilan telefon daripada seorang lelaki sebelum mengadakan pertemuan dengannya di hotel di Ipoh pada 6 petang tadi.

“Lelaki itu memaklumkan individu yang membawa pembantu rumah yang mendakwa dirogol Paul Yong disogok dengan wang sebanyak RM100,000,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, malam tadi.

Sehubungan itu, beliau meminta polis menyiasat maklumat itu bagi membuktikan kebenaran di sebalik kejadian itu.

“Saya tidak mahu mendedahkan butiran lanjut mengenai saksi itu dan menyerahkan segala maklumat kepada polis untuk siasatan lanjut supaya kita tahu agenda tersembunyi di sebalik kejadian itu,” katanya.

Paul Yong dijangka akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini atas tuduhan merogol pembantu rumah warga Indonesia terbabit.

Media sebelum ini melaporkan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed dalam satu kenyataan mengesahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh itu akan didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Berita berkaitan

Paul Yong dinasihatkan bercuti

Exco Perak didakwa esok

Laporan kimia kes rogol sudah ada - Polis

EXCO Perak ditahan untuk siasatan

'Tuduhan berunsur fitnah'

Pembantu rumah ditempatkan di tempat selamat

Exco Perak disyaki rogol pembantu rumah

Disiarkan pada: August 23, 2019 @ 12:21am
d