mutakhir

Sudah ambil keterangan beberapa individu, komando

Oleh Fardy Bungga

POLIS sudah mengambil keterangan beberapa individu termasuk seorang anggota komando bagi membantu siasatan berhubung insiden yang meragut nyawa Mejar Mohd Zahir Armaya pada Rabu lalu.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah berkata, beberapa individu yang turut terbabit dalam insiden berkenaan turut diambil keterangan selain anggota komando berusia 36 tahun itu.

"Kita sudah mengambil keterangan daripada anggota tentera yang terbabit untuk melengkapkan siasatan," katanya ketika dihubungi di Kota Kinabalu hari ini.

Sementara itu, ditanya sama ada terdapat unsur salah laku dalam kejadian berkenaan, Omar berkata, setakat ini kejadian dipercayai satu kemalangan yang tidak disengajakan.

"Bagaimanapun, saya tidak boleh dedahkan butiran lanjut buat masa ini kerana siasatan masih dijalankan," katanya.

Dalam kejadian pada Rabu lalu, Mohd Zahir, 36, yang juga anak kepada pelakon dan pelawak terkenal AR Badul meninggal dunia selepas terkena tembakan jarak dekat ketika melakukan aksi demonstrasi sempena Pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia dan Briged Ke-13 Infantri Malaysia di Kem Lok Kawi.

Mohd Zahir, pegawai komando dari Pasukan 11 Rejimen Gerak Khas disahkan meninggal dunia pada 9.20 pagi ketika mendapat rawatan di Hospital Queen Elizabeth.

Berita berkaitan

Balu teruskan 'legasi' Mejar Mohd Zahir

Jenazah Mohd Zahir selamat dikebumikan [METROTV]

Kenangan celoreng berdarah

PDRM jalankan siasatan terperinci

Allahyarham wira berani - MB Perak

Arwah lebih hebat daripada saya - AR Badul

Jenazah Mohd Zahir selamat dikebumikan [METROTV]

Botol 'darah' tak pecah

Suasana pilu iringi ketibaan jenazah Mejar Zahir

Disiarkan pada: September 8, 2019 @ 10:40pm
d