mutakhir

Kren pula disambar petir

Oleh Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi

OPERASI mengalih lori tangki muatan cecair kimia jenis Actone Thinner yang terbalik di Kampung Parit Mentara 3, Bagan Serau, semalam, tertangguh lagi berikutan kren digunakan untuk mengangkat lori berkenaan rosak akibat disambar petir ketika hujan lebat, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Mohd Yunus Abu, berkata kerja menaikkan lori itu kini ditangguhkan sementara kren berkenaan dibaiki.

Menurutnya, satu daripada dua kren digunakan untuk kerja menaikkan dan mengalih lori berkenaan disambar petir pada 3.30 petang.

“Buat masa ini, kerja menaikkan lori itu terpaksa ditangguhkan sementara menanti kren rosak itu dibaiki.

“Keadaan semasa di lokasi masih hujan dan walaupun tiada bacaan kimia berbahaya dalam udara, penduduk yang dipindahkan masih belum dibenarkan pulang kerana ia akan mengganggu pergerakan kren dan petugas menjalankan kerja,” katanya dalam satu kenyataan, malam ini.

Sementara itu, Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Surau Ar-Rahman menempatkan 24 penduduk daripada lima keluarga sehingga 9 malam tadi.

Terdahulu, semua keluarga terjejas itu menerima bantuan bencana berupa wang tunai diserahkan Pegawai Daerah Kerian, Mohd Sabli Bakri.

Berita berkaitan

Lori kimia terbalik tak boleh alih lagi

Lori kimia terbalik, penduduk muntah-muntah [METROTV]

Lori bawa bahan kimia terbalik belum dialihkan

Lori bawa bahan kimia terbalik

Disiarkan pada: September 26, 2019 @ 11:46pm
d