mutakhir

Kelantan berkabung 40 hari

Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali

ORANG kenamaan dan rakyat jelata boleh menziarahi jenazah Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra bagi penghormatan terakhir di Istana Balai Besar, Kota Bharu bermula 2 petang hingga 4 petang, hari ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Nazran Muhammad berkata, pakaian untuk mengunjung ziarah itu hendaklah baju Melayu warna putih, bersongkok, sampin tenun putih bagi lelaki dan kurung dan tudung putih bagi wanita.

Katanya, untuk pelawat, mereka dikehendaki memakai pakaian sopan mengikut adat masing-masing.

“Jenazah Almarhum akan disemayamkan di Istana Balai Besar, petang ini dan perangkatan jenazah akan bermula dari Istana Balai Besar selepas Asar, menggunakan pedati khas yang ditarik anggota tentera

“Pemakaman di Makam Diraja Langgar, Kota Bharu,” katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Kota Darulnaim, Kota Bharu, hari ini.

Antara yang dijangka mengunjung ziarah jenazah Almarhum Sultan Ismail Petra termasuk Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah; Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Nazran berkata, atas perintah Sultan Kelantan Sultan Muhammad V, perkabungan kerana kemangkatan Almarhum Sultan Yahya Petra dimulai hari ini dan berlangsung selama 40 hari.

Katanya, bendera negeri dan bendera lain hendaklah dikibarkan setengah tiang dalam tempoh itu.

“Pejabat kerajaan, gedung perniagaan, sekolah dan pertubuhan yang sempurna hendak ditutup selama tiga hari bermula hari kemangkatan (hari ini), manakala segala bentuk permainan hiburan hendaklah dihentikan selama tiga hari selepas pemakaman.

“Permainan pentas secara sambilan, pertunjukan untuk derma dan sukan tidak boleh dilangsungkan sehingga 40 hari,” katanya.

Menurutnya, pegawai negeri dan rakyat hendaklah berkabung memakai kain putih di kemuncak songkok atau tali leher hitam selama 40 hari, sementara kerabat diraja, pegawai dan kakitangan istana memakai pakaian berkabung selama 100 hari.

“Semua masjid dan surau di Kelantan hendaklah mengadakan majlis tahlil dan doa ke atas roh Almarhum selepas fardu Maghrib selama tujuh hari,” katanya.

Berita berkaitan

Agong, Raja Permaisuri Agong zahir takziah

Sultan Ismail Petra dekat di hati rakyat

href="https://www.hmetro.com.my/utama/2019/09/501529/sultan-ismail-petra-mangk...">Sultan Ismail Petra mangkat [METROTV]

Disiarkan pada: September 28, 2019 @ 2:21pm
d