mutakhir

Agong, Raja Permaisuri beri penghormatan terakhir

Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat tiba di Istana Balai Besar, Kota Bharu diiringi Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Keberangkatan tiba pada 3.20 petang, untuk memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum Sultan Ismail Petra yang mangkat 8.11 pagi hari ini.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba pada 2.10 petang.

Jenazah Almarhum Sultan Ismail Petra akan dimakamkan di Makam Diraja Langgar selepas Asar.

Berita berkaitan

Kelantan berkabung 40 hari

Agong, Raja Permaisuri Agong zahir takziah

Sultan Ismail Petra dekat di hati rakyat

Sultan Ismail Petra mangkat [METROTV]

Disiarkan pada: September 28, 2019 @ 4:49pm
d