mutakhir

Malaysia rugi RM5 bilion setahun akibat nelayan asing

Oleh BERNAMA

KERAJAAN bercadang meningkatkan aset penguatkuasaan laut negara dalam usaha untuk mengawal pencerobohan bot nelayan asing yang menyebabkan Malaysia kehilangan hasil RM5 bilion setahun, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub.

Beliau berkata, kementeriannya akan mengemukakan perkara itu kepada Kabinet termasuk cadangan untuk memiliki kapal induk bagi memudahkan lagi operasi penguatkuasaan di laut.

“Sebelum ini, kerajaan sendiri telah mengambil tindakan tegas dengan melakukan Operasi Naga dan kita akan teruskan lagi dengan komitmen tiga kementerian iaitu Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pertahanan.

“Kita mesti bertanggungjawab supaya aset dan penguat kuasa ini ditingkatkan selain nelayan tempatan turut menjadi mata dan telinga kerajaan supaya dapat membanteras nelayan asing daripada memasuki perairan negara ini,” katanya pada sesi jawab lisan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Ahmad Amzad Mohamed (PAS-Kuala Terengganu) yang bertanyakan tentang jumlah kerugian negara akibat pencerobohan nelayan asing dan langkah meningkatkan keberkesanan Op Naga.

Berita berkaitan:

  • 'Kita akan buru sindiket di darat' [METROTV]
  • Musibah pukat tunda ganding
  • Monopoli Tok Bali
  • Ada jadi dalang
  • Jawatankuasa kaji hukuman ke atas nelayan asing
  • An Thuan buka rahsia [METROTV]
  • Disiarkan pada: October 21, 2019 @ 3:17pm
    d