mutakhir

PRK Tanjung Piai: Wendy Subramaniam calon Gerakan

Oleh BERNAMA

TIMBALAN Setiausaha Agung Gerakan, Wendy Subramaniam dinamakan calon parti itu bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, bulan depan.

Pengumuman itu dibuat Presiden Gerakan Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai di Kuala Lumpur, hari ini.

“Saya melihat PRK ini sebagai peluang kepada saya untuk membuktikan bahawa wanita mampu menjadi pemimpin masyarakat yang baik,” kata Wendy, anak kelahiran Johor berusia 38 tahun.

Dalam pada itu, Lau berkata, parti itu akan menggunakan logo sendiri pada PRK berkenaan dan penyertaannya adalah bagi memberi pilihan alternatif kepada rakyat.

PRK Tanjung Piai dijadual berlangsung 16 November berikutan kematian penyandang kerusi itu, Datuk Dr Md Farid Md Rafik, 42, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia, pada 21 September lalu.

Penamaan calon ditetapkan pada 2 November.

  • Lagi berita berkaitan PRK Tanjung Piai
  • Disiarkan pada: October 29, 2019 @ 3:32pm
    d