mutakhir

PRK Tanjung Piai: Parti lain-lain, tetap abang adik

Oleh Mohd Sabran Md Sani

“DATANG khemah (Barisan Nasional) ni kecoh dia orang (parti),” kata Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad berjenaka di perkarangan Dewan Jubli Intan di Pontian, pagi ini.

Kehadiran Khalid bersama barisan kepimpinan Pakatan Harapan (PH) di khemah BN menarik perhatian warga media dan jurugambar, pada 9 pagi ini.

Malah, Khalid sempat bertemu abangnya, Tan Sri Shahrir Abdul Samad yang juga bekas Ahli Parlimen Johor Bahru.

Pertemuan dalam suasana harmoni itu turut disertai beberapa pemimpin PH.

Antara yang kelihatan dalam pertemuan itu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub dan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar.

  • Lagi berita berkaitan PRK Tanjung Piai
  • Disiarkan pada: November 2, 2019 @ 12:46pm
    d