mutakhir

'Mana ada sabotaj' - MB Perak

Oleh Hairulazim Mahmud dan Siti A’isyah Sukaimi

MENTERI Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengakui berada bersama rakan DAP di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, semalam, sempena Istiadat Menghadap Sembah Taat Setia dan Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Perak.

Menurut Ahmad Faizal, hubungannya dengan rakan daripada parti itu adalah baik dan tidak menghadapi masalah.

“Saya di istana dengan rakan DAP... tak ada masalah, sangat baik dan kami meraikan keputeraan Sultan Perak.

“Semua orang dalam keadaan gembira dan tiada unsur sabotaj,” katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya, hari ini.

Baru-baru ini, video Menteri Besar Perak mendakwa berseorangan dalam melawan puak DAP dalam mempertahankan tanah Melayu dan agama Islam, tular di media sosial.

Bagaimanapun, Ahmad Faizal menyatakan kenyataannya itu didakwa dirakam ketika kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai diambil di luar konteks.

  • Lagi berita berkaitan PRK Tanjung Piai
  • Disiarkan pada: November 11, 2019 @ 10:03pm
    d