mutakhir

Wee angkat sumpah Ahli Parlimen Tanjung Piai

Oleh Mohd Husni Mohd Noor

DATUK Seri Dr Wee Jeck Seng yang menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai pada Sabtu lalu mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen hari ini.

Majlis angkat sumpah dilakukan di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Mohammad Ariff Md Yusof pada 10.05 pagi.

Upacara angkat sumpah yang mendahului sidang Dewan Rakyat hari ini turut disaksikan barisan anggota Kabinet dan Ahli Parlimen lain.

Mohamad Ariff dalam ucapannya mengucapkan tahniah kepada Wee kerana mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Tanjung Piai.

"Saya juga ucap tahniah kerana memenangi pilihan raya kecil (PRK) Tanjung Piai pada Sabtu lalu," katanya.

Wee yang juga calon Barisan Nasional (BN) memenangi kerusi Parlimen Tanjung Piai dengan majoriti 15,086 undi pada PRK itu.

Beliau meraih sebanyak 25,466 undi mengatasi lima pencabarnya termasuk calon PH, Karmaine Sardini yang meraih 10,380 undi.

PRK itu diadakan berikutan penyandangnya, Datuk Dr Md Farid Md Rafik yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri meninggal dunia pada 21 September lalu.

  • Lagi berita berkaitan PRK Tanjung Piai
  • Disiarkan pada: November 18, 2019 @ 10:44am
    d