mutakhir

Virus tersebar ke Macau

Oleh AFP

Macau: Kakitangan kasino di sini diarah memakai penutup hidung dan mulut selepas satu kes jangkitan koronavirus disahkan di sini.

Ia memandangkan bekas jajahan Portugal itu dijangka menerima kehadiran pelancong dari tanah besar China sempena cuti Tahun Baru Cina.

Terdahulu, Macau mengesahkan kes itu membabitkan ahli perniagaan perempuan berusia 52 tahun dari Wuhan yang tiba di Macau dengan kereta api laju dari Zhuhai.

Bagaimanapun, pihak berkuasa tidak akan mengharamkan kemasukan pelancong dari tanah besar China, sebaliknya mengetatkan saringan di pintu masuk wilayah berkenaan.

Setakat ini, enam orang sudah disahkan maut di China selepas dijangkiti koronavirus yang didakwa seakan-akan Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS).

  • Lagi berita berkaitan Koronavirus
  • Disiarkan pada: January 22, 2020 @ 12:53pm
    d