mutakhir

Koronavirus: Mufti Wilayah Persekutuan saran solat hajat

Oleh Ilah Hafiz Aziz

UMAT Islam di negara ini disaran melakukan solat hajat bagi menyelamatkan Malaysia dilanda sebarang wabak penyakit.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, pejabatnya akan mengeluarkan Bayan Linnas khusus berkenaan doa dan fiqh pengurusan jenazah mangsacoronavirus 2019-nCoV dalam masa terdekat.

“Saya berdoa kepada Allah SWT semoga wabak coronavirus dapat disisihkan dari Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kerajaan perlu memberikan pemahaman yang jelas kepada rakyat berhubung wabak itu yang tersebar melalui pelbagai medium.

“Tindakan pantas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang diterajui oleh Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad wajar menerima pujian,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Koronavirus
  • Disiarkan pada: January 25, 2020 @ 2:58pm
    d