mutakhir

Henti cari mayat bayi dalam sungai [METROTV]

Oleh Noor Hidayah Tanzizi

OPERASI mencari mayat bayi perempuan yang dibuang di Sungai Perak dekat rumah pam Lembaga Air Perak (LAP), Teluk Kepayang di Bota ditamatkan pada 3.30 petang hari ini.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah Superintendan Barudin Wariso berkata, penamatan hasil penilaian Pasukan Penyelamatan Di Air (PPDA) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan dan BBP Seri Iskandar melakukan selaman.

Katanya, arus deras sungai berkedalaman sembilan meter dan faktor lain menyukarkan pasukan untuk mencari mayat bayi malang berkenaan.

“Jadi, atas faktor keselamatan, selaman di lokasi tidak dapat diteruskan kerana berbahaya.

“Kaedah pencarian di permukaan juga tidak menemui mayat bayi atau petanda lain,” katanya ketika ditemui di lokasi.

Barudin berkata, operasi itu turut mendapat kerjasama LAP yang bersetuju menutup pam di sungai berkenaan selama sejam.

“Penduduk setempat di pesisir sungai diminta memaklumkan kepada polis jika mempunyai maklumat berkaitan atau objek yang mencurigakan,” katanya.

Berita berkaitan:

  • Operasi cari mayat bayi perempuan diteruskan
  • Buang mayat bayi ke sungai
  • Disiarkan pada: January 26, 2020 @ 6:14pm
    d