mutakhir

Tujuh anak kapal dikuarantin

Oleh Suraya Roslan

TUJUH anak kapal pesawat Malindo Air dikuarantin selama 14 hari berikutan salah seorang penumpang dalam penerbangan itu disyaki dijangkiti koronavirus baharu.

Syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur berkata, penumpang dari wilayah Hubei menaiki pesawat dari Kuala Lumpur ke Zhengzhao, China pada 24 Januari lalu.

“Malindo Air bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa dan menyediakan semua bantuan yang diperlukan kepada kru serta pihak berkuasa China untuk meminimumkan penyebaran wabak ini.

“Seperti yang diperkatakan, saringan ujian kesihatan penumpang dan kawalan lebih ketat ke atas pergerakan penumpang dari China sedang dilakukan,” kata kenyataan itu.

Menurutnya, semua penumpang dari China terutama wilayah Hubei mesti mengemukakan sijil perubatan untuk membuktikan mereka layak terbang.

“Penumpang yang didapati tidak sesuai untuk perjalanan akan ditolak untuk menaiki penerbangan,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Koronavirus
  • Disiarkan pada: January 26, 2020 @ 7:13pm
    d