mutakhir

Batal tempahan tunggu wabak reda

Oleh Redzuan Muharam

PERSATUAN Hotel Bajet Malaysia (MyBHA) menyarankan semua ahlinya untuk membenarkan pembatalan tempahan dibuat pelancong dari China sehingga wabak koronavirus baharu reda.

Timbalan Presiden Kebangsaan MyBHA Dr Sri Ganesh Michiel berkata, ahli disarankan supaya berbuat demikian dengan memulangkan kembali wang pendahuluan atau memberi pilihan untuk menukar tarikh penginapan.

Menurutnya, pihak hotel disyorkan mengambil langkah berjaga-jaga dengan memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada pekerja mengenai aspek kesihatan selain segera menghubungi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sekiranya terdapat sebarang kemusykilan.

“Difahamkan, kerajaan China sudah mengeluarkan arahan untuk memperluaskan sekatan perjalanan secara drastik bagi membendung penularan wabak yang meragut sekurang-kurangnya 56 nyawa dan menjangkiti hampir 2,000 individu setakat ini.

“Sehubungan itu, semua ahli persatuan diminta memandang serius perkara ini dengan mengikuti perkembangan dan arahan dikeluarkan kerajaan dan KKM, katanya dalam kenyataan media di Kuala Lumpur.

Menurutnya, ahli persatuan juga dinasihatkan tidak mendengar atau menyebarkan berita tidak sahih yang boleh mendatangkan kebimbangan kepada pekerja, pelancong, pelanggan dan orang awam.

  • Lagi berita berkaitan Koronavirus
  • Disiarkan pada: January 27, 2020 @ 3:38pm
    d