mutakhir

Koronavirus: Statistik daripada sidang media Menteri Kesihatan

Oleh BERNAMA

BERIKUT ialah statistik daripada Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad ketika persidangan media selepas melakukan lawatan kerja di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) di Sepang, hari ini.

  • Tidak ada ketibaan pelancong dari Wuhan, China sejak 23 Januari, hari yang sama pihak berkuasa China menguatkuasakan pelaksanaan menutup bandar raya itu bagi penularan wabak 2019 Novel Koronavirus
  • Jumlah positif Wuhan Koronavirus sehingga Ahad (26 Januari) kekal empat.
  • Kes menunggu iaitu mereka yang masih menunggu keputusan makmal, seramai lima orang, kesemua melibatkan warga China. Dua orang di Langkawi, dua di Kuala Lumpur dan terbaharu di Bintulu, Sarawak.
  • Kes kumulatif bagi orang yang disyaki terjejas dengan Koronavirus baharu setakat ini ialah 38 orang dengan satu disahkan positif, 32 negatif, dan lima masih menunggu keputusan makmal (kes di Langkawi, Kuala Lumpur dan Bintulu).
  • 164,692 pengunjung melalui pemeriksaan imbasan di pusat kemasukan negara setakat 3 petang hari ini, dengan sembilan pengunjung dirujuk untuk imbasan lanjut tetapi tidak seorang pun daripada mereka memenuhi kriteria Pesakit Di Bawah Siasatan bagi Koronavirus.
  • 12 pengimbas suhu badan yang akan ditempatkan di pintu masuk. Ini adalah tambahan kepada 54 yang ada kini iaitu 33 di Semenanjung Malaysia dan 21 di Sabah dan Sarawak.
  • Lagi berita berkaitan Koronavirus
  • Disiarkan pada: January 27, 2020 @ 5:57pm
    d