mutakhir

Tiga lagi kes disyaki koronavirus

Oleh Samadi Ahmad

KEMENTERIAN Kesihatan mengesahkan tiga lagi kes terbaru 2019 Novel Koronavirus atau 2019-nCoV membabitkan warga negara China dikesan sehingga tengah hari tadi.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkifly Ahmad, berkata, tiga suspek itu disyaki mengalami 2019-nCoV dan masih menunggu ujian pengesanan dan pengesahan dari Institut Penyelidikan Perubatan (IMR).

Menurut beliau, seorang daripada suspek dikuarantin di Hospital Bintulu, Sarawak manakala dua lagi di Hospital Langkawi, Kedah.

"Kes terbaru itu tidak mempunyai kaitan dengan empat lagi kes yang dilaporkan sebelum ini," katanya pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Khas dan Seisi Taklimat Berkaitan 2019 novel Koronavirus di Kementerian Pelancongan,Seni dan Budaya di Putrajaya tadi.

Difahamkan ketiga-tiga kes baharu berkenaan diterima dalam tempoh 24 jam.

  • Lagi berita berkaitan Koronavirus
  • Disiarkan pada: January 28, 2020 @ 3:25pm
    d