mutakhir

Yang di-Pertuan Agong zahir penghargaan

Oleh BERNAMA

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua petugas di barisan hadapan yang siap siaga mengawal kesihatan dan keselamatan negara, berikutan kejadian jangkitan 2019 novel koronavirus di Malaysia.

Menerusi catatan terbaharu dalam akaun Facebook rasmi milik Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah hari ini, Al-Sultan Abdullah bertitah demikian sewaktu berkenan menerima sembah maklum situasi semasa daripada pihak Kementerian Kesihatan.

“Baginda turut bertitah mengingatkan rakyat untuk tidak menyebarkan maklumat dan berita palsu berkaitan kejadian jangkitan koronavirus tanpa usul periksa,” menurut catatan itu.

Turut hadir dalam pertemuan itu ialah Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

  • Lagi berita berkaitan Koronavirus
  • Disiarkan pada: January 30, 2020 @ 9:03pm
    d