mutakhir

Koronavirus: Keputusan sampel bakal diketahui petang ini

Oleh Mohd Roji Kawi

KEPUTUSAN ujian makmal dua daripada enam sampel milik individu disyaki dijangkiti koronavirus baharu di Sarawak, bakal diketahui petang ini.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, dua sampel itu diambil beberapa hari lalu, diuji di Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) di Kuala Lumpur.

“Kami dimaklumkan ia akan diketahui petang ini,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Dua sampel berkenaan masing-masing diambil daripada pesakit di Kuching dan Miri.

Keseluruhan enam sampel diambil iaitu empat daripada individu di Kuching dan masing-masing satu di Sibu dan Bintulu yang disahkan negatif wabak.

  • Lagi berita berkaitan Koronavirus
  • Disiarkan pada: January 31, 2020 @ 11:08am
    d