mutakhir

Kehadiran pelancong China tak terjejas

Oleh Baharom Bakar

JUMLAH kedatangan pelancong asing terutama dari China ke negeri ini tidak terjejas walaupun wujud kebimbangan terhadap wabak koronavirus baharu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, kerajaan negeri menyasarkan menarik kira-kira lima juta termasuk pelancong asing ke negeri ini sepanjang tahun ini.

Katanya, walaupun wabak koronavirus dikatakan menular dan warga China turut dilarang berkunjung ke negara ini, tetapi ia tidak menjejaskan kedatangan pelancong asing.

“Kita tetap dengan sasaran iaitu lima juta pelancong termasuk 20 peratus pelancong asing sepanjang tahun ini,” katanya selepas meninjau Istana Pura di Kampung Tanjung Sabtu di Kuala Nerus, semalam.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan negeri (Adun) Buluh Gading, Ridzuan Hashim; Pengarah Jabatan Pelancongan negeri, Abdul Rashid Jusoh dan Pengarah Lembaga Muzium Negeri Terengganu, Muhamad Azmi Ngah.

  • Lagi berita berkaitan Koronavirus
  • Disiarkan pada: February 1, 2020 @ 7:15am
    d