mutakhir

Sarawak hanya sekat penuntut dari Hubei

Oleh Melvin Joni

SARAWAK hanya menyekat kemasukan penuntut China dari wilayah Hubei, China memasuki negeri berkenaan.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan hari ini berkata, ia susulan kenyataannya sebelum yang mengatakan penuntut dari China yang belajar di Sarawak tidak dibenarkan memasuki Sarawak ketika penularan wabak koronavirus baharu (2019-nCoV).

Katanya, ia selaras dengan keputusan kerajaan seperti diumumkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini.

"JPBNS ingin menjelaskan hanya penuntut dari wilayah Hubei tidak dibenarkan masuk ke Sarawak sehingga notis baru dikeluarkan.

"Bagi penuntut dari wilayah lain di China, mereka dibenarkan masuk ke Sarawak tetapi harus menjalankan kuarantin sendiri selama 14 hari di kediaman masing-masing" katanya.

Dalam perkembangan sama, JPBNS mewujudkan talian khidmat khas untuk orang awam mendapatkan maklumat pengurusan wabak koronavirus di Sarawak.

Orang awam boleh mendapatkan maklumat dan info yang sahih mengenai wabak ini dengan menghubungi Crisis Preparedness Response Centre (CPRC), Jabatan Kesihatan Sarawak di talian 082-443248 setiap hari, dari 7 pagi hingga 5 petang.

Selain itu, orang ramai boleh menghubungi Bilik Gerakan Negeri, Jabatan Ketua Menteri Sarawak, Wisma Bapa Malaysia di talian 082-443991, 24 jam setiap hari.

  • Lagi berita berkaitan Koronavirus
  • Disiarkan pada: February 1, 2020 @ 11:54am
    d