mutakhir

Malindo Air gantung dua lagi penerbangan

Oleh BERNAMA

MALINDO Air menggantung dua lagi penerbangan antarabangsa antara Malaysia dan China berikutan penularan koronovirus baharu (2019-nCoV) di Wuhan, China.

Menurut kenyataan Malindo Air hari ini, penerbangan itu adalah bagi laluan Kota Kinabalu-Tianjin- Kota Kinabalu berkuat kuasa pada 1 hingga 29 Februari.

Satu lagi penerbangan adalah laluan Johor Bahru- Guangzhou-Johor Baru berkuat kuasa dari 11 hingga 29 Februari.

Syarikat penerbangan itu sebelum ini mengumumkan penggantungan sementara perkhidmatan tiga kali seminggu antara Kota Kinabalu dan Wuhan berkuat kuasa 24 Januari lalu sehingga makluman selanjutnya.

Malindo Air mengendalikan tiga penerbangan mingguan antara Kota Kinabalu dan Tianjin serta tiga lagi penerbangan mingguan antara Johor Bahru dan Guangzhou.

“Penumpang yang mempunyai tempahan sah bagi perjalanan antara Kota Kinabalu dan Tianjin serta bagi laluan Johor Bahru dan Guangzhou boleh menghubungi kami di talian +603-78415388 atau mengunjungi pejabat tiket bagi bantuan lanjut.

“Malindo Air juga akan terus memantau situasi di China kerana keselamatan penumpang dan pekerja sememangnya menjadi keutamaan kami,” katanya.

Syarikat penerbangan akan turut memaklumkan sebarang perkembangan kepada penumpang menerusi laman sesawang Malindo Air.

  • Lagi berita berkaitan Koronavirus
  • Disiarkan pada: February 3, 2020 @ 11:44am
    d