mutakhir

Isu koronavirus..kita tak ikut kaedah Singapura

Oleh Amir Abd Hamid

MALAYSIA berada pada fasa pembendungan awal kluster wabak koronavirus baharu (2019-nCoV).

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, negara ini mengamalkan empat langkah penilaian bagi penularan virus itu.

Menurutnya, ia adalah fasa amaran, pembendungan awal, pembendungan akhir dan mitigasi.

"Kita tidak menggunakan kaedah sama (seperti Singapura). Ada bacaan tahap kita.

"Kita mengambil prasyarat apabila mendapati kes secara sporadik untuk menentukan kita di tahap mitigasi.

"Kita guna kaedah sedikit berbeza tetapi outcome yang sama," katanya.

Beliau menjawab soalan mengenai Malaysia pada tahap apa susulan Singapura sudah menaikkan Amaran Kedudukan Sistem Tindak Balas Perebakan Penyakit (DORSCON) dari tahap kuning ke jingga Jumaat lalu bagi membendung penularan koronavirus.

Sementara itu, katanya, esok beliau akan melakukan telekonferen dengan Menteri Kesihatan Singapura Gan Kim Yong berkaitan koronavirus.

  • Lagi berita berkaitan Koronavirus
  • Disiarkan pada: February 10, 2020 @ 5:16pm
    d