mutakhir

'Bukan kali pertama'

Oleh Noor Atiqah Sulaiman

KEBAJIKAN pegawai sentiasa menjadi keutamaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), kata Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan) JKDM, Datuk Johari Alifiah.

Katanya, langkah keselamatan memang diambil secara berterusan oleh pihak jabatan, dan

bukan hanya ketika sesuatu kejadian tidak diingini berlaku.

“Tiada siapa inginkan perkara seumpama ini berlaku.

“Kita juga akan maklumkan kepada tempat lain (JKDM di negeri lain) untuk memberikan perhatian terutamanya pada kediaman pegawai masing-masing.

“Kami mengakui kejadian kebakaran rumah dipercayai angkara khianat terhadap pegawai bukan kali pertama berlaku,” katanya.

Ketika ditanya langkah yang akan diambil oleh pihak JKDM bagi membendung perkara seumpama ini berulang, Johari berkata, pihaknya tidak akan mendedahkan mengenai perkara itu.

“Langkah selanjutnya tidak boleh umum, kerana setiap negeri mempunyai Pengarah Kastam masing-masing.

“Kita akan berurusan dengan pihak terbabit serta akan terus memberikan sokongan moral kepada pegawai berkaitan,” katanya.

Semalam, media melaporkan rumah seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Kampung Perupok dekat Pasir Mas, Kelantan terbakar akibat dibaling bom botol oleh individu tidak dikenali dipercayai angkara khianat.

Dalam kejadian jam 2.45 pagi, pemilik kediaman itu, Razman Pak Dek yang bertugas di Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan Kastam Kelantan, tiada di rumah.

Berita berkaitan

'Semangatnya kuat, tak minta tukar'

Rampas ketum punca serangan [METROTV]

Terbakar angkara khianat?

Disiarkan pada: February 11, 2020 @ 1:53pm
d