mutakhir

Penuntut UIA diarah bercuti

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin

PENUNTUT Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak diarahkan bercuti selama 10 hari bermula esok sebagai langkah awal pencegahan wabak koronavirus baharu atau Covid-19.

Universiti itu dalam kenyataannya memaklumkan pihaknya turut mengambil langkah melakukan pemeriksaan kesihatan ke atas penuntut baru dan penuntut sedia ada dari China selain penuntut yang baru pulang dari negara berkenaan.

“Walaupun belum ada sebarang kes berkaitan virus itu dilaporkan tetapi pihak pengurusan membuat keputusan untuk menunda semua kelas di kampus Gombak bermula esok hingga 23 Februari ini sebagai langkah pencegahan awal.

“Semua penuntut boleh pulang ke kampung halaman masing-masing. Bagi penuntut yang memilih untuk berada di kampus sepanjang tempoh itu dinasihatkan supaya mengambil langkah mengurangkan risiko jangkitan,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Koronavirus
  • Disiarkan pada: February 12, 2020 @ 8:04pm
    d