mutakhir

Edar 4,000 penutup mulut dan hidung

Oleh Siti Rohana Idris

SEBANYAK 4,000 penutup hidung dan mulut diagihkan oleh sebuah agensi pelancongan kepada jemaah umrah Malaysia, dalam tempoh tempoh seminggu, bermula semalam.

Ia diagihkan untuk jemaah berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Kota Bharu dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Sebagai permulaan, agensi itu, Ismazul Sdn Bhd mengedarkan 1,000 unit alat itu di LTSIP, sejak semalam.

Menurut Ketua Mutawif umrah di agensi itu, Abdul Rahim Abdul Wahab, agihan penutup hidung dan mulut itu adalah sebagai langkah pencegahan terhadap wabak koronavirus baharu (Covid-19).

“Semua 4,000 unit ini akan diagihkan kepada jemaah umrah kami termasuk penumpang pesawat yang lain sebagai langkah pencegahan.

“Bagi jemaah kami, agihan dilakukan di dua lapangan terbang iaitu di LTSIP dan KLIA selama seminggu,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Koronavirus
  • Disiarkan pada: February 14, 2020 @ 9:14am
    d