mutakhir

Tumpu pelancong Eropah, Asia Tengah, AS

Oleh M Hifzuddin Ikhsan

KERAJAAN mengambil langkah baharu dengan menarik lebih ramai pelancong dari Eropah, Asia Tengah dan Amerika Syarikat (AS) melawat negara ini sempena Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2020.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ia berikutan penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Katanya, tumpuan juga diberi kepada pelancong domestik agar terus melancong di dalam negara sepanjang tahun ini.

“Kita akan tumpu tarik pelancong Eropah, Asia Tengah dan AS serta menggalakkan pelancong dalam negara yang tidak dapat ke China, Jepun dan Korea Selatan.

“Mereka ini boleh melancong dalam negara sepanjang TMM2020 dan ia akan membantu memajukan sektor perhotelan kita,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Hadiah LTdL 2020 di Langkawi, hari ini.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata, penganjuran LTdL sejak 1996 berjaya menarik ramai pelancong luar ke Malaysia selepas melihat keindahan negara ini melalui siaran langsung televisyen.

“Pada setiap peringkat ditunjukkan keindahan negara bermula dari Sabah, Sarawak sehingga semenanjung dapat dilihat dan ini satu bentuk pengiklanan yang dapat tarik pelancong,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Koronavirus
  • Disiarkan pada: February 14, 2020 @ 9:20pm
    d