mutakhir

JKNJ nafi kes Covid-19

Oleh Nurul Amanina Suhaini

JABATAN Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) menafikan mengenai kes koronavirus baharu (Covid-19) di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Ko Kuang, Skudai seperti yang tular di media sosial.

Menerusi kenyataannya hari ini, JKNJ memaklumkan berita terbabit adalah tidak benar selain meminta orang awam untuk tidak menyebarkan kenyataan yang tidak sahih.

“Ia akan menyebabkan situasi panik dalam kalangan masyarakat.

“Harus diingatkan penyebaran berita palsu sebegini boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi tempoh satu tahun atau kedua-duanya dan denda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas persabitan,” katanya.

Terdahulu, tular satu kenyataan yang didakwa daripada Majlis Bandaraya Iskandar Puteri di aplikasi WhatsApp berhubung kes Covid-19 di sekolah terbabit selain orang awam diminta untuk mengambil langkah keselamatan.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: February 16, 2020 @ 5:53pm
    d