mutakhir

Kanak-kanak dilarang kunjungi HRPZ II

Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim

KANAK-kanak berusia 12 tahun ke bawah tidak dibenarkan mengunjungi atau memasuki kawasan wad Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu, Kelantan.

Pengarah HRPZ II, Datuk Dr Selasawati Ghazali berkata, arahan berkenaan berkuat kuasa semalam sebagaimana surat pekeliling itu dikeluarkan.

Beliau berkata, pendekatan itu dilakukan bagi mengelak kanak-kanak mendapat penyakit berjangkit dan kecederaan luar jangka termasuk koronavirus baharu (Covid-19).

Katanya, arahan berkenaan juga diguna pakai kepada kakitangan hospital iaitu tidak dibenarkan membawa anak masing-masing ke wad.

“Sekiranya didapati berlaku pelanggaran kepada arahan ini, tindakan tata tertib boleh diambil.

“Sekarang ini banyak penyakit berjangkit melalui udara dan sebagainya.

“Jadi pendekatan ini diambil sebagai langkah berjaga-jaga,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: February 18, 2020 @ 4:46pm
    d