mutakhir

Juruterbang asing di China diminta bercuti

Oleh Reuters

BEIJING: Juruterbang asing di syarikat penerbangan China dipercayai mula kembali ke negara asal masing-masing dan merancang mencari pekerjaan lain selepas diminta mengambil cuti tanpa gaji.

Ini kerana jumlah penerbangan dilaporkan terus merosot akibat wabak koronavirus baharu (Covid-19).

Manakala, juruterbang warga China mencatatkan penurunan pendapatan kerana sebahagian besar pendapatan yang diperoleh adalah berasaskan jumlah jam perjalanan.

Berdasarkan data OAG, kira-kira 80 peratus jadual penerbangan ke, dari dan dalam China telah dikurangkan minggu ini disebabkan Covid-19 yang kini merekodkan lebih 2,000 kematian.

Seorang juruterbang di Tianjin Airlines berkata, dia dimaklumkan bahawa pihak pengurusan mengatakan tempoh antara tiga dan empat bulan diperlukan sebelum memanggil semula juruterbang asing.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: February 19, 2020 @ 8:31pm
    d