mutakhir

Batal tempahan lebih 15,000 bilik hotel di Johor

Oleh Mohamed Farid Noh

JOHOR merekodkan 15,808 pembatalan tempahan bilik hotel dengan kerugian RM5.4 juta berikutan penularan wabak Covid-19, setakat 17 Februari lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri Liow Cai Tung berkata, unjuran kerugian itu dibuat Persatuan Hotel Malaysia (MAH).

Katanya, sebahagian besar pelancong yang membatalkan tempahan adalah dari China, diikuti dengan Malaysia, Singapura, Taiwan, Korea dan Hong Kong.

“Berikutan kemerosotan industri pelancongan yang menjejaskan negeri sejak penularan Covid-19 awal tahun ini.

“Kerajaan negeri sudah mengambil langkah proaktif untuk bertemu pemain industri dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi mendapatkan maklumat terkini berkenaan industri pelancongan, baru-baru ini,” katanya pada kenyataan hari ini.

Menurutnya, sesi pertemuan ‘Tourism Recovery Action Committee’ (TRAC) dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Negeri Johor,

Tourism Johor dan agensi di bawah MOTAC Johor akan diadakan pada 23 Februari atau Ahad ini, jam 2 petang di Fraser Place, Puteri Harbour.

Ia bagi memaklumkan perkembangan terkini serta pelan strategi pelancongan kepada pemain industri pelancongan Johor.

Semalam, Presiden MAH Kamaruddin Baharin dilaporkan berkata, lebih 155,000 tempahan bilik hotel dengan anggaran kerugian RM66 juta direkodkan berikutan wabak Covid-19.

Menurut laporan itu, tempahan dibatalkan itu membabitkan pembatalan sehingga namun beberapa pembatalan juga sudah diterima MAH bagi tempahan penginapan untuk April yang membabitkan beberapa kumpulan pelancong.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: February 21, 2020 @ 6:12pm
    d