mutakhir

Dijangkiti Covid-19 kali kedua

Oleh Reuters

BEIJING: Seorang individu di Chengdu yang dibenarkan pulang selepas sembuh daripada jangkitan Covid-19, sekali lagi dijangkiti wabak berkenaan.

Ia dikesan selepas individu berkenaan menjalani kuarantin di rumahnya.

Berdasarkan laporan People’s Daily, kerajaan China mungkin belum boleh meraikan kegembiraan selepas terdapat individu yang sudah sembuh.

“Epidemik itu mungkin berulang dan virus itu datang kembali jika kita tidak berjaga-jaga,” kata laporan itu.

Sementara itu, kira-kira 500 tahanan di penjara di China dijangkiti wabak Covid-19.

Walaupun jumlah individu baharu yang dijangkiti menurun, namun ia menimbulkan persoalan bagaimana cara mereka melakukan pengiraan setiap hari.

Seramai 234 tahanan di penjara di luar Hubei dijangkiti wabak berkenaan, mengakhiri rekod penyusutan kes selama 16 hari berturut-turut di wilayah itu.

Berdasarkan angka rasmi, lebih 75,400 kes Covid-19 dilaporkan dengan 2,236 individu maut.

Sebanyak 258 kes baharu yang dilaporkan membabitkan kes di luar Hubei terutama di dua penjara yang terletak di Shandong dan Zhejiang.

Pegawai yang bertanggungjawab terhadap kejadian itu sudah dipecat.

Sebanyak 230 kes jangkitan dilaporkan berlaku di penjara wanita.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: February 21, 2020 @ 8:17pm
    d