mutakhir

Tun M tinggalkan Menara Yayasan Selangor

Oleh Yusmizal Dolah Aling

PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meninggalkan Menara Yayasan Selangor di Petaling Jaya, sebentar tadi.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu bagaimanapun hanya melambai kepada petugas media yang menunggu di lobi menara berkenaan sejak awal pagi.

Dr Mahathir menghadiri pertemuan bersama pemimpin Parti Pribumi Bersatu (PPBM) di Menara Yayasan Selangor. Beliau yang tiba jam 9 pagi diiringi Presiden parti Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pertemuan itu turut dihadiri Ketua Armada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Pengerusi Bersatu Negeri Sembilan Tan Sri Dr Rais Yatim serta ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) yang lain.

Turut kelihatan, Ahli Parlimen Larut Datuk Seri Hamzah Zainudin, Ahli Parlimen Beluran Datuk Ronald Kiandee, dan Ahli Parlimen Mersing Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad.

Berita berkaitan:

  • Tun M hadiri pertemuan pemimpin Bersatu
  • Disiarkan pada: February 23, 2020 @ 3:12pm
    d