mutakhir

Ustazah sedia pertimbang tawaran

Oleh Noor Hidayah Tanzizi

SUSULAN video tular yang memperlihatkan dirinya merangkak di sekeliling kelas, seorang ustazah menerima tawaran percutian ke Osaka, Jepun.

Tawaran itu dibuat seorang pemilik syarikat agensi pelancongan di Facebook (FB) yang berhajat untuk membawanya melancong sekali gus melihat keindahan negara itu.

Ustazah berusia 30-an itu ketika dihubungi memaklumkan membaca tawaran berkenaan di FB dan sedia mempertimbangkannya.

“Ada ahli keluarga saya menasihati saya untuk pergi (terima tawaran ke Osaka). Rehat,” katanya.

Seorang pengguna FB dikenali Razi Jamit memuat naik tawaran kepada ustazah itu untuk menyertai kumpulannya ke Osaka, Jepun pada April bagi melihat keindahan bunga sakura.

“Kami memang ada satu ‘seat’ kosong. Dari hari tu (fikir) nak bawa siapa. So (jadi) ustazah, adalah insan istimewa dan terpilih.

“Ini kerana tinggi martabat seorang pendidik terutama dalam pendidikan agama,” katanya dalam hantaran itu.

Berita berkaitan

Kes selesai, henti sebar video

Ibu paksa 'guru' merangkak

Disiarkan pada: February 26, 2020 @ 8:21pm
d