mutakhir

Jenazah ibu dan anak selamat dikebumikan

Oleh Rafiqah Dahali

JENAZAH ibu dan anak mangsa kebakaran yang menyebabkan tujuh sekeluarga maut di Kampung Lampijas, Membakut semalam, selamat dikebumikan di Perkuburan Kampung Baitam hari ini.

Waris keluarga yang dikenali sebagai Jurita, 32, berkata, jenazah adiknya Nadia, dan anaknya yang berusia lima tahun selamat dikebumikan tengah hari tadi.

“Jenazah Nadia dan anaknya, Faisal dihantar ke rumah sekitar 10 pagi tadi manakala lima jenazah lagi masih berada di hospital.

“Kami memutuskan untuk mengebumikan jenazah Nadia dan Faisal dulu dalam satu liang lahad memandangkan lima lagi jenazah anaknya masih di hospital.

“Namun pihak hospital memaklumkan kemungkinan kelima-lima jenazah anaknya akan dihantar pada hari ini,” katanya ketika dihubungi NSTP.

Terdahulu, tujuh sekeluarga rentung selepas rumah kayu didiami mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Lampijas.

Berita berkaitan

Bomba siasat pelbagai kemungkinan

Terkilan, sedih adik terkorban dalam kebakaran

'Teringat wajah Aca..'

Tujuh beranak rentung: Ketua keluarga parah [METROTV]

Disiarkan pada: February 27, 2020 @ 4:42pm
d