mutakhir

RM20 bilion bantu rangsang ekonomi [METROTV]

Oleh Bisnes HM

KERAJAAN mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 bernilai RM20 bilion bagi memastikan risiko ekonomi berkaitan penularan wabak Covid-19 dapat ditangani dengan berkesan.

Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan juga akan melaksanakan beberapa strategi dan rancangan bagi memastikan ekonomi negara di landasan yang mampan.

Pakej rangsangan ini ditunjangi tiga strategi iaitu menangani impak Covid-19; memangkin pertumbuhan berteraskan rakyat dan menggalakkan pelaburan berkualiti.

“Selain merangsang pelancongan dan modal insan, pakej ini juga memberi fokus membantu aliran tunai dan mengurangkan kos perniagaan bagi syarikat yang terjejas oleh Covid-19,” katanya dalam ucapan beliau ketika mengumumkan pakej rangsangan ekonomi 2020 yang bertemakan ‘Memperkukuh Keyakinan, Merangsang Pertumbuhan, Melindungi Pekerjaan’, di Putrajaya, hari ini.

Katanya, ini adalah pakej rangsangan berkaitan krisis kesihatan global yang kedua bagi Dr Mahathir selepas 2003 apabila beliau sebagai Perdana Menteri keempat Malaysia pada masa itu membentangkan pakej ekonomi RM8.1 bilion untuk menangani kesan Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) ke atas ekonomi.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: February 27, 2020 @ 5:38pm
    d