mutakhir

Tangguh dulu penerbangan

Oleh Zatul Iffah Zolkiply

KEBANYAKAN penggiat industri umrah di negeri ini menerima arahan menangguhkan penerbangan susulan

arahan penggantungan sementara visa umrah dan pelancong ke Arab Saudi buat sementara waktu.

Seorang wakil agensi pelancongan yang enggan dikenali memaklumkan beberapa rakan agensi pelancongan menerima arahan daripada syarikat penerbangan untuk menangguhkan penerbangan ke Makkah dan Madinah.

“Ada beberapa agensi sepatutnya berlepas tetapi dapat arahan untuk tangguh tetapi ia diterima daripada syarikat penerbangan.

“Macam agensi kami, penerbangan terdekat minggu hadapan membabitkan hampir 100 jemaah, namun ia juga diminta ditangguh, jadi kami kini menunggu arahan daripada ibu pejabat,” katanya.

Seorang lagi wakil agensi memaklumkan menerima arahan visa pelancong dan umrah ditangguh buat sementara susulan ancaman penularan wabak koronavirus baharu Covid-19.

“Pagi tadi, kita dapat arahan untuk tangguh namun mujurlah kami tiada penerbangan ke sana dalam masa terdekat ini,” katanya.

Difahamkan, terdapat lebih 20 penggiat industri umrah di Terengganu.

Kementerian Luar Arab Saudi dalam satu kenyataan hari ini mengumumkan penggantungan sementara visa untuk jemaah mengerjakan umrah di Makkah dan melawat Masjid Nabawi, Madinah susulan penularan wabak Covid ke Timur Tengah.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: February 27, 2020 @ 8:43pm
    d