mutakhir

Operasi Bank Rakyat berjalan seperti biasa

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin

IBU Pejabat Bank Rakyat akan menjalankan proses pembersihan dan pencegahan Covid-19 bermula esok hingga 8 Mac ini.

Bank Rakyat dalam kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini, memaklumkan operasi cawangan utama bank berkenaan, Pusat Kad dan Ar-RAhnu X’Change di Menara Kembar Bank Rakyat diteruskan seperti biasa.

Pihak pengurusan bank berkenaan ketika dihubungi menyatakan khabar angin yang tular berhubung Ketua Pegawai Ekskutif Bank Rakyat dikatakan positif Covid-19 adalah tidak benar.

Terdahulu, satu notis makluman mengenai penutupan menara berkenaan tular di media sosial, hari ini.

Menurut notis berkenaan, kedua-dua menara itu akan ditutup dan segala operasi diberhentikan sepanjang tempoh itu.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: March 4, 2020 @ 10:13pm
    d